Kuala Lumpur : Orang ramai membanjiri Dataran Merdeka, bagi memeriahkan Sambutan 50 Tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mempamerkan pelbagai produk, perkhidmatan dan aktiviti yang menarik.
Dataran bersejarah itu turut berubah menjadi `empayar makanan, produk yang berasaskan tani, pokok bunga, buah-buahan dan dengan kehadiran pelbagai produk pertanian dan makanan serta 200 karavan tani dari seluruh negara.
Secret Illusion Sdn Bhd di bawah KOOPNITA telah menyertai pameran dan jualan produk bersama AgroBazaar Online #FAMA50 Dataran Merdeka bermula dari 4 - 6 Disember 2015 di Booth AgroBazaar Online 41- 44.
Sambutan yang menggalakkan oleh orang ramai yang hadir berkunjung ke #FAMA50 memberi peluang kepada Usahawan-usahawan yang bernaung di bawah AgroBazaar Online untuk memperkenalkan produk masing-masing di mata umum.
No comments:
Post a Comment