Thursday, 17 December 2015

KOOPNITA BERSAMA BERJAYA CARES FOUNDATION ANJUR PROGRAM DENGAN MALAYSIAN AIDS FOUNDATION

SHAH ALAM, Setia Alam Rabu 16 Disember 2015, Majlis Penyerahan Sumbangan Collagen (Drink) Secret Illusion kepada Malaysian AIDS Foundation oleh KOOPNITA bersama Berjaya Cares Foundation bertempat di Kidz & Creme di Setia Alam, Shah Alam.

Pada majlis tersebut Dato' Hajjah Zurainah Musa, Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation, merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras dan Pengarah Urusan Koperasi Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur (KOOPNITA) telah menyampaikan sumbangan berupa Produk Secret Illusion iaitu Collagen (Drink) kepada  Prof Dr Adeeba Kamarulzaman yang mewakili Yayasan AIDS Malaysia untuk disalurkan bagi memberi manfaat kepada orang yang hidup dengan HIV dan kurang berkemampuan.













































Sunday, 6 December 2015

SECRET ILLUSION MENYERTAI JUALAN AGROBAZAAR #FAMA50 TAHUN DI DATARAN MERDEKA 4-6 DISEMBER 2015

Kuala Lumpur : Orang ramai membanjiri Dataran Merdeka, bagi memeriahkan Sambutan 50 Tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang mempamerkan pelbagai produk, perkhidmatan dan aktiviti yang menarik.

Dataran bersejarah itu turut berubah menjadi `empayar makanan, produk yang berasaskan tani, pokok bunga, buah-buahan dan dengan kehadiran pelbagai produk pertanian dan makanan serta 200 karavan tani dari seluruh negara.

Secret Illusion Sdn Bhd di bawah KOOPNITA telah menyertai pameran dan jualan produk bersama AgroBazaar Online #FAMA50 Dataran Merdeka bermula dari 4 - 6 Disember 2015 di Booth AgroBazaar Online 41- 44.

Sambutan yang menggalakkan oleh orang ramai yang hadir berkunjung ke #FAMA50 memberi peluang kepada Usahawan-usahawan yang bernaung di bawah AgroBazaar Online untuk memperkenalkan produk masing-masing di mata umum.